Tafsir QS.Al-Fajar : 27 - 30
يٰۤاَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ۙ ۖ
Wahai jiwa yang tenang!
ارْجِعِيْۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ۚ
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya.
فَادْخُلِيْ فِيْ عِبٰدِى ۙ
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku,
وَادْخُلِيْ جَنَّتِى
dan masuklah ke dalam surga-Ku.
Dalam tafsir Fi Zilalil Quran Surah al-Fajr ayat 27-30 menyatakan:
"Di tengah-tengah suasan kiamat yang ngeri dan ditengah-tengah suasana
penyiksaan dan pembelengguan yang dahsyat dan diluar segala kefahaman
itu, tercetuslah suara panggilan dari al-Mala'ul- A'la menyeru orang
yang beriman :
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan
dan mendapat keredaan dari-Nya. Dan silalah masuk ke dalam jamaah para
hamba kesayangan-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."
Demikian ia diseru dengan penuh mesra dan lemah lembut. "Wahai" ia
diseru dengan ciri kerohaniah dan penuh penghormatan. "Wahai jiwa" ia
diseru dengan memberi sanjungan dan ketenangan.
"Wahai jiwa yang tenang"
Dan ditengah-tengah suasana belenggu dan ikatan itu muncul kebebasan kesenangan dan kemewahan.
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan kepuasan dan mendapat keredaan dari-Nya"
Yakni kembali kepada asal mulanya setelah berpisah dengan bumi dan
bercerai dengan dunia. Pulanglah kepada Tuhanmu kerana di antara Dia dan
engkau terdapat hubungan dan perkenalan yang kukuh. Kembalilah :
"Dengan kepuasan dan mendapat keredaan-Nya."
Ia diseru demikian lembut yang membuat suasana seluruhnya diselubungi kemesraan yang timbul balik, kepuasan dan keredaan.
"Dan silalah masuk ke dalam jamaah para hamba kesayangan-Ku"
Yaitu para hamba-Ku yang muqarrabin yang dipilih untuk mendapat darjat ini.
"Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku."
Di bawah naungan dan rahmat-Ku.
Jelas terbayang rasa kasih mesra Ilahi yang mengusap jiwa-jiwa penghuni
syurga yaitu jiwa yang tenteram terhadap Allah dan jalan hidupnya,
terhadap qadak dan qadar di dalam kesenangan dan kesusahan, sama ada
dalam keluasan atau kesempitan, sama ada ia dikurniakan atau ditahan
kurnia, ia selama-lamanya tetap tenang, tenteram, tidak ragu-ragu, tidak
menyeleweng dan tidak teragak-agak di tengah jalan dan tidak gentar
pada hari kiamat yang ngeri. Kemudian
ayat-ayat itu berlalu berturut-turut menyelubungi seluruh suasana dengan
keamanan, kepuasan , ketenteraman dan irama kata-kata yang lemah-lembut
di sekeliling pemandangan yang membayangkan rasa kemesraan. Hubungan
yang dekat dan rasa ketenangan. Itulah syurga dengan hembusan-hembusan
bayunya yang nyaman dan menyegar menjenguk di celah-celah ayat ini, dan
di atasnya muncul tajali wajah ar-Rahman Yang Mulia Maha Gemilang."
Sahabat yang dikasihi,
Jiwa orang-orang mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT, yang beramal
soleh ketika di dunia dengan mendapat rahmat Allah SWT adalah termasuk
di dalam jiwa yang tenang dan bersih yang layak memasuki syurga Allah
SWT seperti jiwa para syuhada.
Oleh itu beramal solehlah kita, jauhi maksiat dan dosa supaya kita
termasuk dikalangan mereka yang rahmati-Nya dan mempunyai jiwa yang
tenang atau nafsu mutmainnah dan akan dijemput untuk memasuki dan
menikmati syurga Allah SWT di hari akhirat nanti.
Repost By : Nurul Fadhilah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar